RCI tetap diperlukan – MP bidas SPRM siasat diri sendiri isu mafia korporat
Tiga ahli parlimen daripada kedua-dua belah pihak menyuarakan kebimbangan berhubung penglibatan SPRM dalam siasatan pelbagai agensi yang diarahkan kabinet terhadap isu "mafia korporat".
Mereka juga berpendapat bahawa siasatan pelbagai agensi itu sendiri tidak mencukupi dan sepatutnya menjadi sebahagian daripada siasatan yang diketuai oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kabinet telah mengarahkan polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), SPRM, dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), antara lain, untuk menyiasat dakwaan "mafia korporat" dan meneliti kelemahan yang membolehkan berlakunya "manipulasi korporat".
"Mafia korporat" merujuk kepada dakwaan bahawa SPRM telah bersubahat dengan individu persendirian untuk memeras pesaing perniagaan.
Bercakap kepada Malaysiakini, ahli parlimen PKR Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Wong Chen (Subang), serta ahli parlimen PAS Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) berkata tindakan SPRM menyiasat diri sendiri adalah satu konflik kepentingan yang jelas.
Hassan menyifatkan prosedur undang-undang tersebut sebagai sesuatu yang "lucu".
Katanya, tanpa penyeliaan RCI, agensi eksekutif seperti polis, LHDN, dan SC tidak berkelayakan untuk menyiasat agensi eksekutif lain apabila berlaku skandal besar.
Lorem, ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing elit. Laborum cumque temporibus voluptatibus, est deserunt fugit quam itaque, corporis culpa adipisci architecto dolore velit tenetur quibusdam tempore exercitationem porro eos consectetur?